Sunday, September 26, 2010

HAKIM&HAKIMAH, TANGKAK, JOHOR

back to my hometown. Tangkak. dulu dikenali sbg syurga kedai kain. tp kini, dah kurang meriah dengan naiknya cawangan2 JAKEL, Nilai dan berbagai lagi tempat. ok enough with cerita kedai kain. last week adalah hari besar kpd pasangan Hakim dan Hakimah, sehati sejiwa, nama pun dekat2 sama. faktor geografi (johor-kelantan)  tidak menghalang mereka untuk bersama.  majlis menyambut menantu dilangsungkan pada 24-25sept. sewaktu pertama kali hakim approach  aku utk booking tarikh, dia menyatakan hasrat hati ingin bergaya dengan VESPA utk sesi outdoornya. lantas kepala aku memikirkan untuk melakukan sesuatu kelainan. walaupun kegunaan vespa sbg prop agak common bagi pasangan2 pengantin dalam sesi outdoor mereka. tp vespa itu cuma pegun dan tidak bernyawa. jarang2 sekali aku lihat pasangan pengantin bergambar dengan menunggang vespa. (atau ada photographer lain dah buat…cuma aku xpernah nmpk…maaf ya rakan2 seperjuangan).  so i made up my mind.. “akem, apakata u bawak sendri moto tuh… kite pusing2 kampung?”.. on sahaja katanya. so sesi penggambaran tidaklah begitu rumit kerana pasangan pengantin ini MEMANG SEMPOI HABIS… cadangnya cuma ingin bergambar di sekitar kampung yang kurang kenderaan tanpa memasuki kawasan pekan yang sememangnya sesak dengan pengguna jalanraya.  tp dek kerana terlalu SEMPOI.. pasangan ni pergi belasah jalan dekat bandar. semua orang melihat gelagat kami.. sorang kepala tejulur keluar dari tingkap kereta (aku ler tuh) pastu ada pasangan pengantin bawak vespa jenjalan ada yang tercengang ada yang ketawa terbahak2, tak kurang juga ada yang bersorak spt melihat rozita che wan dijalanan. tp pasangan ni stay cool n calm sedikit pun tidak terjejas emosi mereka malah melambai2 tangan kpd orang sekeliling …(cayalah korang) mmg misi berani mati… dengan helmet dua2 orang xpakai, number plate depan vespa takde.. dan  aku dimaklumkan oleh owner vespa oren comel ni roadtax pun xpernah hidup. dalam hati tawakkal aje la jangan ada apa2 yang tak diingini berlaku.  Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan tahniah aku ucapkan pada kalian berdua. semuga berbahagia hingga ke akhirat hendaknya. enjoy~

_DSC0826_DSC0857 copy_DSC1120 copyDSC_5485 _DSC1421 copy _DSC1430_DSC1298iDSC_5768ii

3 comments:

  1. suka lah gambar yg time ride vespa tu :-)

    ReplyDelete
  2. yeay!! Aku suke!! Gud job din...haish, kompem ar ko kna jd photog aku kawen nnt. Tak pedulik! Aku nak hasil sama atau lebih hebat dr ini....weee

    ReplyDelete